Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Dikata Kurang Ajar, Pelakon...

PETALING JAYA - Pelakon baharu, Aishah Ilias memohon maaf kepada mana-mana syarikat produksi...

Penganut Hindu Desak Tambah...

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyokong penuh desakan badan...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman...

‘Pesawah Terima Bayaran RM10...

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan...

20 Pelajar Mangsa Baharu Pencemaran Toksik

PASIR GUDANG – Kira-kira 20 pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar daerah ini dipercayai menjadi mangsa baharu yang terhidu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini.

Pelajar berkenaan mengalami pening kepala, muntah dan loya sebelum segera dibawa ke Dewan Komunit Taman Pasir Putih di sini yang dijadikan pusat rawatan awal untuk pencemaran bahan toksik.

Pasukan keselamatan yang bertugas di dewan berkenaan mula menerima dan merawat mereka pada pukul 10 pagi selepas dihantar oleh ambulan.

Pelajar yang terjejas itu bukan daripada 13 buah sekolah yang diarahkan ditutup semalam.

Difahamkan mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai yang terletak kira-kira 8 kilometer dari dua buah sekolah pertama yang terlibat. – K! ONLINE

Kategori