20 Kes Baharu COVID-19, 1 Dilaporkan Pulih

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata satu kes iaitu kes ke-78 yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini telah pulih serta dibenar pulang, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 26 kes.

Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kontak-kontak rapat bagi setiap kes baharu itu sehingga punca jangkitan dapat dikenal pasti, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Loading...