20 Bunyi Alat Muzik Dalam Sebuah Piano Lama

KIEV – Sebuah kumpulan rock dari Ukraine mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila berjaya mencipta 20 bunyi alat muzik dalam sebuah piano lama.

Kumpulan Brunettes Shoot Blondes mencipta orkestra mini itu yang termasuk bunyi alat muzik seperti biola, drum dan organ untuk lagu terbaru mereka bertajuk Houston, lapor Daily Mail.

Kumpulan dianggotai Andrew Kovaliov, Roman Sobol, Dmytro Leonov dan Levgen Kobzaruk itu berkata, idea timbul kira-kira dua tahun lalu apabila mereka menemui sebuah piano dari abad ke-19 di bandar kecil di barat Ukraine.

Kovaliov berkata, ia agak mencabar untuk mencipta orkestra mini itu memandangkan pada awalnya mereka langsung tidak mempunyai idea bagaimana untuk membinanya.

“Kami membinanya sedikit demi sedikit dan sering melakukan perubahan untuk menambah bunyi alat muzik baru dalam piano ini,” katanya. – Agensi

Loading...