Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Denmark Iringi Perancis Ke...

MOSCOW - Tanpa jaringan dalam perlawanan yang membosankan di Stadium Luzhniki menyaksikan aksi...

Gadis Cantik Maut Dibunuh,...

SEORANG gadis cantik berusia 20 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan tisu tersumbat...

Isu Biaya Keganasan Hanya...

PUTRAJAYA - Isu pembiayaan keganasan di Malaysia masih tidak seteruk negara lain walaupun...

Ringgit Akan Kembali Meningkat...

KUALA LUMPUR - Ringgit Malaysia mempunyai prospek yang lebih baik untuk kembali meningkat...

2 Warga Iran Maut, Kes Pertama COVID-19 Di Asia Barat

DUA warga emas dilaporkan meninggal dunia di Iran selepas didapati positif COVID-19 pada Rabu, kes pertama seumpamanya di republik itu.

Kedua-duanya merupakan warga Iran yang tinggal di Qom, sebuah bandar di selatan Tehran.

Kes kematian akibat koronavirus baru ini ialah yang pertama di Asia Barat dan yang ketujuh dan kelapan di luar China.

Di China, virus tersebut telah mengakibatkan lebih 2,000 kematian setakat ini.

Agensi berita IRNA memetik jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour sebagai berkata, jangkitan COVID-19 telah dikesan pada dua warga emas itu yang mempunyai masalah imuniti.


Bagaimanapun, menurut ketua unit penyakit berjangkit kementerian itu, dua individu itu difahamkan tidak pernah keluar dari Iran.

“Kedua-dua mereka adalah dari Qom dan datang mendapatkan rawatan dua hari lepas apabila mereka jatuh sakit.. mereka tidak pernah ada sejarah keluar negara,” kata Mohammad Mehdi Gouya. – Agensi

Kategori