Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis P.Pinang Beri Amaran...

GEORGE TOWN - Polis memberi amaran kepada dua kumpulan kongsi gelap di Pulau...

Uzbekistan Isytihar Darurat Di...

TASHKENT - Uzbekistan pada Sabtu mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan...

Kiswah Kaabah Diganti Malam...

MAKKAH - Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah...

Mangsa Puting Beliung Mahu...

ALOR SETAR - Mangsa puting beliung di Daerah Kota Setar yang berlaku semalam...

Buat Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor, 2 Ditahan

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 54 dan 51 tahun itu ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira 8.30 malam di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor selepas polis bertindak atas satu laporan.

“Polis Johor menerima satu laporan pada 1.17 tengah hari, 20 Dis lepas berkenaan satu kenyataan jelik terhadap Sultan Johor. Kenyataan yang dikeluarkan tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada penahanan itu, polis merampas dua telefon bimbit dan dua keping simkad yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua wanita tersebut untuk membuat kenyataan jelik berkenaan menerusi Facebook.

Katanya, pihaknya sehubungan itu ingin menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit, katanya.

Sementara itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki petang semalam kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim melalui Facebook.


Beliau berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan kira-kira 6.45 petang di Jalan Puyuh, Larkin Jaya, di sini selepas pihaknya bertindak atas satu laporan polis.

“Polis Johor menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman media sosial pada 2.11 pagi, semalam. Laporan tersebut adalah berkenaan dengan satu kenyataan jelik terhadap Tunku Aminah yang boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara,” katanya juga menerusi kenyataan.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada tangkapan itu, polis merampas sekeping simkad dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh lelaki terbabit bagi membuat kenyataan jelik tersebut.

Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori