Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Anggota PPBM Bantah Calon...

KUALA KANGSAR – Pemilihan Mohamad Isa Jaafar sebagai calon Amanah untuk bertanding bagi...

LTTE: Guan Eng Nafi...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau membuat kenyataan...

VIDEO: Cara Senang Nak...

SIAPA kat sini suka makan epal, tapi macam malas jer nak menggigit atau...

Sah! Maszlee Bukan Lagi...

KLUANG - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada Ahad mengesahkan yang beliau sudah...

2 Suspek Ditahan Berkait Kes Pemandu Grab Hilang

KOTA KINABALU – Polis menahan 2 suspek lelaki, termasuk seorang warga asing bagi membantu siasatan kes seorang pemandu Grab dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Omar Mammah berkata kedua-dua suspek berusia 20 dan 24 tahun itu ditahan di 1Borneo kira-kira 9 malam tadi hasil kerjasama dan rekod pihak Grab.

“Rekod daripada Grab menunjukkan kedua-dua suspek adalah penumpang terakhir yang menaiki kenderaan mangsa pukul 4 pagi Jumaat lepas dari Kingfisher ke Tuaran.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkenaan mengaku membunuh dan membuang mangsa di sebuah kawasan di Tuaran dan kita percaya ini adalah kes samun…namun kita masih membuat siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, penduduk kampung menemui satu mayat di Kampung Shahbandar, Tuaran sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis pada 3.30 petang.

Omar bagaimanapun berkata, keluarga Mohd Hanafiee Jaafar, 27, pemandu Grab yang dilaporkan hilang tidak dapat mengenal pasti mayat yang sudah reput itu.


“Namun, kita telah mengambil cap jari mangsa dan kita akan buat pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti identiti mangsa.”

Sejak Ahad lalu, tular di media sosial mengenai kehilangan seorang pemandu Grab. Bagaimanapun, kereta mangsa ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar pada 12.30 tengah malam Ahad.

Pemeriksaan mendapati kereta mangsa berkunci, tetapi terdapat kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin depan.

Kategori