2 Rentung Selepas Van Terbakar Di Lebuh Raya

SEREMBAN – Dua lelaki rentung selepas van yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 262.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Seremban, kira-kira 6.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata kemalangan berlaku selepas van yang dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki terbabas ke kiri lebuh raya dan terjunam ke dalam longkang sebelum terbakar.

“Mangsa dalam perjalanan dari selatan menuju ke arah utara. Kedua-dua mangsa maut ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat.

Sementara itu, pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Pegawai Bomba Kanan II, Mokhtar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 petang dan seramai 14 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerah ke lokasi kejadian.

Menurut laman twitter PLUS Malaysia Berhad, kemalangan itu menyebabkan trafik pelahan namun tiada menyebabkan lorong terhalang.

Loading...