Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Terkait Masalah Rumah Tangga...

NORA Danish yang sering dikaitkan sebagai punca rumah tangga Fasha Sandha porak peranda...

‘Pencuri’ Mengaku Hidup Susah...

BUKIT MERTAJAM - Bapa kepada tiga anak, Mohd Pirdaus Azizan, yang ditawarkan pekerjaan...

BN Tak Akan Henti...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) tidak akan berhenti berusaha untuk meraih sokongan pengundi...

Padah Hantar SMS Lucah...

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah...

2 Remaja Buat Aksi ‘WILLY’ Antara Ditahan Polis

KUANTAN – Aksi dua remaja melakukan aksi ‘willy’ semasa menunggang motosikal membawa padah apabila mereka ditahan polis ketika operasi di sekitar Tanjung Lumpur di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata suspek lelaki yang berusia 16 dan 18 tahun yang berasal dari Beserah di sini, dipercayai melakukan aksi berkenaan sejauh 100 meter sebelum ditahan.

“Bagi kesalahan itu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan kepada diri sendiri dan lalu lintas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Noor menambah di bawah seksyen itu, suspek boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda mandatori minimun RM5,000 dan maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata sebanyak 119 saman dikeluarkan dalam operasi yang diadakan selama tujuh jam bermula pukul 4 petang, yang diketuai Pegawai Turus Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang ASP Ahmad Adnan Mohamad.


“Sebanyak 79 penunggang motosikal berusia antara 13 hingga 29 tahun disaman dalam operasi ini, dengan kesalahan paling banyak melibatkan kesalahan berkaitan nombor pendaftaran iaitu sebanyak 37 saman.

“Ini diikuti lesen memandu (24 saman), lesen kenderaan motor (12 saman) dan kesalahan eksos (18 saman) dan kesalahan lain berkaitan cermin sisi, penutup rantai serta dua saman menunggang motosikal di bawah umur yang dibenarkan,” katanya.

Mohd Noor menambah pihaknya juga menyita 31 buah motosikal ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atas pelbagai kesalahan termasuk mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran. – BERNAMA

Kategori