Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Reman Ibu Amang Seksual...

Shah Alam : Reman seorang ibu yang dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap...

Honda Gantung Pekerja Hina...

SHAH ALAM - Kerana mulut badan binasa. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita...

Jururawat Jadi Perhatian Selepas...

PRIHATIN... Sikap tanggungjawab seorang jururawat yang membantu seorang mangsa kemalangan mendapat perhatian orang...

Majikan Di Sabah Diingat...

KOTA KINABALU - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengingatkan majikan di negeri ini...

2 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka Di Temerloh

KUANTAN – Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Temerloh dekat sini, lewat malam tadi, bagi menempatkan 27 mangsa banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buluh.

Katanya, 22 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor, manakala lima mangsa daripada dua keluarga berada di Dewan Kampung Sungai Buluh.

“Kawasan kampung mereka dinaiki air limpahan dari Sungai Semantan ekoran hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam. Bagaimanapun, paras air sungai itu dilaporkan sedang dalam trend menurun pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori