2 Pusat Pemindahan Dibuka Di Selangor

SHAH ALAM – Dua pusat pemindahan dibuka dalam tempoh 24 jam berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam hingga pagi ini, menyebabkan dua daerah di Selangor dinaiki air.

Menurut Smart Selangor Command Centre (SSCC), daerah terlibat ialah Petaling dan Kuala Selangor.

“Di Petaling, pusat pemindahan dibuka ialah di Dewan Paya Jaras Seksyen U19 yang menempatkan 137 mangsa membabitkan 41 keluarga.

“Sementara di Kuala Selangor, 85 mangsa daripada 30 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coafields di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menyebut satu pasukan khas dari SSCC pergi ke lokasi kejadian bagi memantau dan mengambil tindakan berkaitan supaya tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu, SSCC turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah ke tempat ditetapkan apabila kawasan kediaman mereka dinaiki air.- BERNAMA

Loading...