Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Daphne Iking Bayar Yuran...

AKTRES dan hos televisyen, Daphne Iking mendedahkan bahawa dia pernah melakukan tiga pekerjaan...

PRK: BN Bertanding Untuk...

KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar...

Politik Wang: Masalah Dalaman,...

SHAH ALAM - "Politik wang ada satu kesalahan tetapi jika ia (dakwaan) berlaku...

Kes Rasuah Projek Solar...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi...

2 Produk Vaksin 1 Dos Pelalian Diluluskan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kelulusan bersyarat ketika bencana bagi dua produk vaksin satu dos pelalian.

Kelulusan bersyarat itu diperoleh menerusi persidangan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-359, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia masing-masing Vaksin Convidecia Recombinant Novel Coronavirus (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China dan Vaksin Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson (J&J).

“Pemegang pendaftaran produk Adenovirus Type 5 Vector ialah Solution Biologics Sdn Bhd.

“Vaksin keluaran J&J pula sudah menerima kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pendaftaran Vaksin Janssen COVID-19 diperoleh Kerajaan Malaysia melalui fasiliti COVAX itu dilaksanakan melalui mekanisme perakuan ke atas kelulusan WHO EUL,” katanya dalam kenyataan, semalam. – BH Online

Kategori