2 Pesawat Tentera Amerika Syarikat Terhempas Di Jepun

WASHINGTON – Dua pesawat Kor Marin Amerika Syarikat terhempas ketika operasi pengisian minyak di luar pantai Jepun.

“Dua pesawat terbabit adalah jet pejuang F-18 dan kapal tangki C-130,” kata pegawai pertahanan Amerika Syarikat kepada AFP.

Kor Marin dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pesawat terbabit berpangkalan di Stesen Udara Kor Marin Iwakuni di selatan Jepun.

Susulan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat sudah dilancarkan di kawasan terbabit.

“Kedua-dua pesawat sedang mengadakan latihan rutin mengikut jadual ketika kemalangan itu berlaku,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, media Amerika Syarikat melaporkan, lima anak kapal berada di atas pesawat C-130, dan dua anak kapal menaiki F-18.

Ketika ini, kira-kira 50,000 anggota tentera Amerika Syarikat ditempatkan di pangkalan tenteranya di Jepun. – AFP/BH ONLINE

Loading...