Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Sedia Hadapi Pakatan...

KUALA LUMPUR - PAS bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum...

“Malaysia-Indonesia Bincang Pelbagai Isu...

KUALA LUMPUR - "Saya dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Pelakon TV Popular AS,...

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia...

RCI Wang Kelian: Saksi...

PUTRAJAYA - Terdapat banyak saksi yang takut untuk tampil memberi kerjasama kepada polis...

2 Perkara Pelik LGE Bebas Kes Rasuah

HAKIM Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Yang Ariff Hadhariah Syed Ismail telah buat keputusan untuk melepaskan YB Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah melibatkan pembelian banglonya.

Menurut hakim, pelepasan Menteri Kewangan ini adalah “discharge amounting to acquittal” iaitu pelepasan yang juga merupakan pembebasan.

Ini bermaksud tertuduh iaitu YB Lim Guan Eng seolah-olah tidak bersalah ke atas tuduhan rasuah ini, lantas dibebaskan.

Ini juga bermakna YB Lim Guan Eng dibebaskan secara mutlak daripada pertuduhan rasuah ini dan kes ini tidak boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah lagi pada masa akan datang.

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara yang pelik di sini: Perkara pertama, pihak peguambela hanya memohon “discharge not amounting to acquittal” atau “pelepasan yang tidak bermaksud tertuduh dibebaskan” iaitu permohonan supaya YB Lim Guan Eng dilepaskan namun bukan dibebaskan.

Ini bermakna kes ini boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah pada masa akan datang. Walaupun sedemikian, pihak pendakwa raya daripada Pejabat Peguam Negara telah menyarankan untuk pertuduhan digugurkan terus, dan berdasarkan saranan pendakwaraya ini hakim mahkamah telah membuat keputusan untuk membebaskan Lim Guan Eng dan kes ini ditutup.

Perkara kedua, penghakiman hakim dan saranan Pejabat Peguam Negara dan pembebaskan Lim Guan Eng seperti di atas berlaku pada tahap proses perbicaraan yang terlalu awal di mahkamah.

Ini seolah-olah saranan pendakwa raya di atas dan keputusan mahkamah untuk membebaskan Lim Guan Eng dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa perbicaraan lanjut yang mana sekurang-kurangnya 20 orang saksi lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.


Ini berbanding dengan kes 1MDB bekas Perdana Menteri dan kes banglo bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang mana proses pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah berlaku dengan panjang lebar.

Jika sesiapapun yang bertaraf Menteri melakukan rasuah namun terlepas dan bebas daripada kesalahan tersebut oleh kerana beliau kenal Peguam Negara dan adalah bekas anak guam kepada Peguam Negara dalam kesnya, maka suatu kesongsangan undang-undang telah berlaku.

Ini bukanlah “Rule of Law” namun adalah suatu ketidakadilan dan masalah etika dan moral yang amat membimbangkan. Ia juga akan menyebabkan krisis kepercayaan kepada institusi Undang-undang Negara.

Dan lebih buruk lagi ia akan menggalakkan lebih ramai lagi perasuah dan ahli politik berjawatan tinggi dalam Kerajaan untuk terus mengamalkan rasuah kerana mereka tahu mereka boleh terlepas dengan mudah.-4/9/2018

Penulis Isham Jalil merupakan Presiden Sukarelawan Malaysia

Kategori