Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MAIWP Sumbang RM5 Juta...

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang RM5 juta menerusi kerajaan...

Kebanyakan Jemaah Haji Sakit...

MAKKAH - Kebanyakan jemaah haji yang jatuh sakit semasa di Tanah Suci adalah...

Adequate Sources for Research...

As a result of this really cause, a lot of people discover it...

Cemburukan Saiz, Lelaki Kapak...

CEMBURU dengan saiz zakar rakan yang lebih besar, seorang lelaki dari Rusia tergamak...

2 Penumpang Diamond Princess Maut Akibat Covid-19

TOKYO – Dua penumpang Diamond Princess yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia, manakala 29 lagi dalam keadaan serius, lapor media Jepun pada Khamis ketika kumpulan ke-2 penumpang dibenarkan turun di Pelabuhan Yokohama selepas dikuarantin selama 2 minggu dalam kapal persiaran itu.

Lebih 620 penumpang Diamond Princess dijangkiti virus Covid-19 di atas kapal persiaran itu yang dikuarantin sejak 3 Februari lalu. Ia pada asalnya membawa kira-kira 3,700 penumpang.

Stesen penyiaran awam NHK melaporkan penumpang yang meninggal dunia itu ialah lelaki Jepun berusia 87 tahun dan wanita Jepun berusia 84 tahun.

Agensi berita Kyodo melaporkan 29 penumpang dalam keadaan serius, termasuk seorang individu yang diuji negatif virus itu terdahulu.

Jepun mencatatkan lebih separuh daripada kes positif di luar China disebabkan kes jangkitan dalam Diamond Princess dan penyebaran virus secara pantas serta operasi kuarantin menyebabkan pihak berkuasa dikritik menjelang penganjuran Sukan Olimpik Tokyo pada Julai nanti.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga mempertahankan usaha Jepun dengan berkata, jumlah jangkitan baru hampir kosong susulan langkah pengasingan penumpang pada 5 Februari lalu.

“Oleh itu, kami percaya langkah pengasingan itu berkesan.”

Institut Penyakit Berjangkit Jepun (NIID) dalam laporannya pada Rabu berkata, tiada kes baru Covid-19 daripada kapal persiaran itu dilaporkan pada 16 dan 17 Februari lalu, manakala hanya 1 kes kru dijangkiti virus berkenaan pada 15 Februari lalu.

Kementerian Kesihatan Jepun turut mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Inggeris dan Jepun yang menyatakan semua penumpang perlu tinggal dalam kabin mereka sejak 5 Feb lalu bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Sehari sebelumnya, penumpang menjalani pemeriksaan kesihatan dan pelbagai acara diteruskan, termasuk tarian, permainan kuiz dan kelas senaman.

Pegawai Kementerian Kesihatan berkata, kira-kira 500 penumpang mula turun di Pelabuhan Yokohama pada Khamis, manakala 100 lagi penumpang akan menaiki pesawat sewa khas untuk pulang ke tanah air mereka.

Kumpulan pertama penumpang yang diuji negatif Covid-19 dan tiada sebarang simptom meninggalkan kapal persiaran itu pada Rabu lalu.


Penumpang yang berkongsi bilik dengan individu disahkan positif Covid-19 diwajibkan menjalani kuarantin, begitu juga anak kapal.

Kementerian Kesihatan bagaimanapun tidak dapat mengesahkan berapa ramai masih berada dalam kapal persiaran itu atau bila proses keluar dari Diamond Princess akan selesai.

Lebih 150 warga Australia yang berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo sebelum subuh, tiba di tanah air mereka. Mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari lagi.

Beberapa penumpang Hong Kong turut pulang ke rumah masing-masing, manakala rakyat Kanada dan British dijadualkan berlepas dengan pesawat sewa khas pada Jumaat.

Awal minggu ini, Amerika Syarikat memindahkan lebih 300 warganegaranya menggunakan 2 pesawat sewa khas.

Pegawai Jabatan Negara AS berkata, kira-kira 45 warganegaranya masih berada dalam kapal persiaran itu.

Penumpang Jepun bagaimanapun tidak diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari, keputusan yang mencetuskan kebimbangan sesetengah pihak.

NIID berkata, tiada kuarantin diperlukan jika penumpang tidak menunjukkan sebarang simptom selama 14 hari dan diuji negatif Covid-19 ketika tahap kesihatan mereka di bawah pemantauan.

Selain kes jangkitan di atas kapal persiaran dan mereka yang pulang dari Wuhan di China, kira-kira 70 kes jangkitan tempatan disahkan di Jepun, termasuk 25 kes di Tokyo, lapor NHK. – Agensi

Kategori