2 Pelancong Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar

RABAT – Dua pelancong wanita, masing-masing berasal dari Denmark dan Norway ditemui mati di Pergunungan Atlas semalam dengan kesan luka pada leher, dipercayai dikelar.

Kementerian Dalam Negeri Maghribi dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mangsa ditemui di satu kawasan terpencil menghala ke puncak tertinggi Afrika Utara itu di Toubkal.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif jenayah terbabit.

Toubkal ialah destinasi pendakian popular yang terletak 82 kilometer di selatan hab pelancongan terbesar Maghribi, Marrakech. – Reuters/BH ONLINE

Loading...