Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Real Madrid Semakin Hampir...

LONDON - Real Madrid dilaporkan semakin hampir mendapatkan penyerang, Luka Jovic memandangkan mereka...

UMNO Anjur Himpunan Solidariti...

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan perhimpunan solidariti menyokong rakyat Palestin sebagai protes...

Pekerja Restoran Dipenjara 12...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran dipenjara 12 tahun dan dua sebatan oleh...

Negara Tidak Muflis, Mampu...

KUALA LUMPUR - Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan baharu tidak...

2 Pelajar Tingkatan 3 Didakwa Rogol Anak Penggiat Seni

KUALA LUMPUR – Dua pelajar tingkatan tiga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini sebentar tadi atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 13 tahun pada Julai dan September lalu.

Kedua-dua remaja lelaki berusia 15 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Iriane Isabelo.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh juvenil itu masing-masing didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan satu di dewan terbiar, Kota Warisan dan di tandas perempuan, sebuah pusat beli-belah di Selayang dekat sini pada Julai dan 20 September lalu.

Kedua-dua remaja lelaki berkenaan yang masih bersekolah itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Bagaimanapun, prosiding kes itu dijalankan secara tertutup kerana ia melibatkan juvenil. Hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di dalam mahkamah.


Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar manakala kedua-dua remaja itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 November ini untuk sebutan kes.

Difahamkan, mangsa merupakan anak kepada seorang penggiat seni. – UTUSAN ONLINE

Kategori