2 Pelajar Britain Tinggal 3 Minggu Di Hutan Pahang

KUALA LUMPUR – Dua rakan universiti dari Britain mencabar daya ikhtiar hidup mereka selama tiga minggu dalam hutan hujan tropika di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, mendapat inspirasi daripada program televisyen ‘survival’, mereka terbang ke Malaysia pada Oktober tahun lalu bagi melakukan misi yang dirakamkan dalam diari video.

Daniel Olifi, 26, dan James Moynihan, 27, berdepan pelbagai cabaran seperti hipoterma, dehidrasi, gigitan nyamuk, luka ekoran parang dan ribut petir disamping menyusut berat badan sekitar 20 kilogram disebabkan hanya makan beri dan serangga termasuk cacing.

Tanpa berpakaian, berbekalkan batu api, parang, jaring nyamuk, bekas air besi dan alat pertolongan cemas mereka mengharungi cabaran berkenaan. – Agensi

Loading...