Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Facebook Tingkat Perlindungan Elak...

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengumumkan...

Bentang RUU Anti Lompat...

KOTA KINABALU : Pakatan Harapan (PH) Sabah mencadangkan kerajaan negeri membentang Rang Undang-Undang...

Geely Boleh Bantu Proton...

SEREMBAN - Pembelian saham Proton Holdings Bhd (Proton) oleh syarikat China, Zhejiang Geely...

Subsidi Minyak Bersasar Lindungi...

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan subsidi secara bersasar bahan api adalah lebih munasabah kerana...

2 Negeri Gaduh Rebut Manisan Berdamai

KOLKATA, India- India telah menganugerahkan tanda “indikasi geografik” bagi rosogolla, yang digelar sebagai ‘Raja Manisan India’, selepas perbalahan bertahun-tahun antara dua negeri berjiran yang masing-masing menuntuk hak keatas manisan tèrsebut.

Manisan rosogolla yang merupakan bebola keju manis yang diselaputi air gula telah menjadi manisan kegemaran negara tersebut sejak turun temurun.

Bagaimanapun, dua negeri berjiran iaitu Bengal Barat dan Odisha telah ‘bertekak’ selama berpuluh-puluh tahun tentang asal-usul sebenar rosogolla.

Bahkan, mereka juga telah merujuk kepada para sejarawan dan telah mendapatkan dokumen-dokumen lama untuk menyokong tuntutan mereka.


Namun, Selasa lalu, kementerian perdagangan dan industri persekutuan negara itu telah memutuskan bahawa manisan itu berasal daripada Bengal Barat, sekaligus menganugerahkan negeri tersebut tag “indikasi geografik” khas atau “status GI” yang direbut-rebut selama ini.

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berkata “indikasi geografik” itu mengiktiraf asal-usul sesuatu barangan di mana kualiti, reputasi dan karakteristik barangan tersebut akan tersedia.

Ketua Menteri Bengal Barat Mamata Banerjee amat berbesar hati menerima keputusan itu dan menggelarkan kemenangan itu sebagai “berita yang manis untuk kita semua” di dalam akaun Twitter rasminya.-MYNEWSHUB.CC

Kategori