2 Maut Kereta Terbalik Rempuh Perhentian Bas

GEORGE TOWN – Dua individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas dan terbalik sebelum melanggar perhentian bas di Gat Lebuh Cecil, Lebuh Maccalum di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, lelaki berusia 25 tahun, Andy Meyrick dan wanita berusia 29 tahun, Jusse D. Dolisip yang menaiki kereta jenis Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pasukannya yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mendapati mangsa tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang.

“Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 5.56 pagi.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang di tempat kejadian,” katanya sebentar tadi. – K! ONLINE

Loading...