Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

11 Rakyat Malaysia Positif...

PUTRAJAYA - Wisma Putra mengenalpasti seramai 11 rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti...

STING Bongkar Makmal, Rampas...

GEORGE TOWN - Polis merampas kira-kira 26 kilogram heroin dan 0.6 kilogram syabu...

Lelaki Jaja Kisah Keluarga...

KOTA TINGGI - Penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dijatuhi hukuman penjara tiga...

Hati Bengkak Punca Muka...

SEOUL – Aktor kacak kegilaan ramai wanita Korea Selatan, Lee Min-ho, 27 tahun;...

2 Maut Dalam Kemalangan Di Bintulu

BINTULU – Dua maut manakala seorang cedera apabila pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar pokok di tepi Jalan Tanjung Kidurong pagi ini.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan maklumat awal diterima dua mangsa yang maut ialah seorang lelaki hanya dikenali dengan nama Tropimus Tamason Tubun namun tiada maklumat pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian dan seorang wanita Meliana Tubun, 26 tahun.

“Seorang kanak-kanak lelaki Syahfiqee Meliana, enam tahun, selamat dalam kemalangan itu dan keluar sendiri dari kenderaan ” katanya.

PGO berkata, komander operasi melaporkan kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok dan dua mangsa terperangkap dalam kereta serta maut dilokasi kejadian.


“Bomba menerima laporan pukul 10.21 pagi dan operasi tamat pada 11.34 pagi ” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori