2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

DUA maut dalam kemalangan melibatkan 16 kenderaan di Kilometer (km) 405.8, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan yang berlaku pada 9.15 pagi itu, bermula apabila sebuah treler terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah.

Treler berkenaan merempuh lima buah kenderaan termasuk kenderaan yang dinaiki dua mangsa.

2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

Akibat insiden, kenderaan yang dinaiki mangsa tersepit antara dua buah treler sementara kenderaan lain tidak sempat mengelak dan menyebabkan berlakunya rempuhan.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan seorang bayi, Hanna Umaira Mohd Hasnun, 17 bulan.

Kedua-dua mangsa berasal dari Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan sehingga lima kilometer dan orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif. – MYNEWSHUB.CC

Loading...