Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Siti Kasim Sahkan Digantung...

PETALING JAYA - Peguam dan aktivis Siti Kasim serta aktivis sosial Mujahidn Zulkiffli...

Kerajaan Bercadang Perkenal Cukai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Pulau...

MH 17: Trauma Memikirkan...

BALU kepada Robert Ayley, 29  mangsa nahas tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di...

2 Maut, 4 Cedera Dalam Kemalangan Di Saratok

SARATOK – Pemandu sebuah Toyota Hilux dan seorang penumpang wanita sebuah Perodua Myvi maut selepas dua kenderaan itu bertembung di kawasan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Brayang, Jalan Saratok Debak di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima laporan kejadian kemalangan itu pada pukul 1.36 tengah hari ini dan segera mengerahkan pasukannya yang terdiri daripada tujuh anggota diketuai komander operasi Mahda Mos ke tempatan kejadian.

Tiong berkata, menurut laporan komander operasi, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati seorang mangsa lelaki, iaitu pemandu Toyota Hilux yang hanya dikenali sebagai Joshua Jelingga, 27, didapati tersepit di dalam kenderaan berkenaan dan sudah tidak bernyawa.

Katanya, terdapat lima orang dalam kereta Perodua Myvi terbabit dan seorang daripada penumpang wanita, Kiung Ming Kin, 51, mati di tempat kemalangan, manakala empat yang lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Mereka yang cedera telah di bawa ke Hospital Seratok menggunakan ambulans hospital, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori