Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar: Sebab Mesin Basuh...

KEBANYAKAN kita tentu tahu, apabila sesebuah mesin basuh sudah terlalu lama digunakan maka...

Buang Mayat Dalam Parit...

Bagan Datuk : Remaja lelaki bawah umur ditahan selepas disyaki membunuh rakannya gara-gara...

Emma Maembong Akui Masih...

TAMPIL kepada media buat pertama kalinya selepas pendedahan status hubungan cintanya dengan Zizan...

JPNK: Penceroboh Di Hutan...

PENDANG - Menabur paku di atas jalan masuk antara tindakan yang dilakukan oleh...

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus

SEREMBAN – Dua lelaki maut manakala empat yang lain cedera parah selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Shariff berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.10 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

“Sebaik sampai di lokasi kemalangan, mangsa kemalangan sudah dikeluarkan orang awam.

“Didapati pemandu dan penumpang Perodua Kelisa maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu seorang lelaki dan tiga wanita cedera parah,” katanya kepada Bernama.

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus


Zainurin berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang datang dari arah Kuala Pilah dan Perodua Kelisa dari arah Seremban bertembung di lokasi.

Kemalangan terbabit turut menyebabkan Perodua Kelisa itu terputus dua.

Zainurin berkata selain 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Seremban, operasi menyelamat turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam dan polis.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori