Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kekurangan Bekalan LKM Hanya...

KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan sementara bekalan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM)...

Chef Wan Dah Setahun...

NAMA chef selebriti terkenal, Chef Wan atau Datuk Redzuwan Ismail kembali hangat baru-baru...

Aziz Desa Masuk Hospital,...

BEKAS selebriti TV Aziz Desa kini dilaporkan terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah...

PN Menang Kerusi Sungai...

MELAKA : Perikatan Nasional (PN) memperoleh satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

2 Mangsa Keldai Dadah Dibawa Pulang Akhir Mac

KUALA LUMPUR – Usaha Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) membawa pulang dua lagi rakyat negara ini yang menjadi keldai dadah di Peru dijangka selesai hujung bulan ini, kata Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata pada masa ini, BiKUM sedang menunggu kelulusan permit perintah membawa keluar daripada kerajaan Peru bagi membolehkan mereka dibawa pulang semula ke negara ini.

Katanya usaha membawa pulang Noor Azimah Sapie, 37, dan Noor Suzanna Azmi, 35, sudah dilakukan sejak beberapa bulan lalu dengan bantuan Wisma Putra tetapi mengambil masa berikutan urusan dokumentasi.

“Berikutan itu mereka tidak dapat meninggalkan negara terbabit dan memerlukan pelepasan khas melalui Kerajaan Peru untuk dibawa pulang ke Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini.

Noor Azimah terjebak menjadi keldai dadah selepas didakwa ditipu ibu sendiri yang terlibat dalam satu sindiket dadah antarabangsa di Peru. Noor Suzanna pula terlibat bersama seorang lagi bekas keldai dadah, Syzlin Hathaman, 43, dan pernah menjalani hukuman penjara di negara itu tetapi dibebaskan beberapa tahun lalu.

Syzlin meninggal dunia di sebuah hospital di Lima, Peru pada 7 Oktober lalu selepas menderita beberapa jenis penyakit termasuk asma dan kencing manis. Jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Larkin, Johor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada 17 Oktober.

Shamsul Anuar, yang juga anggota Parlimen Lenggong, berkata tindakan BiKUM membantu membawa pulang mangsa keldai dadah yang terkandas di luar negara bukan bersifat populis.


Sebaliknya, BiKUM mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu merancang membawa mangsa terselamat turut serta dalam program memberi kesedaran kepada rakyat negara ini berkenaan isu berkenaan.

“Kes-kes melibatkan penganiayaan rakyat Malaysia untuk dijadikan keldai dadah amat banyak kita terima. Kita akan adakan program kesedaran dengan membawa mangsa-mangsa ini supaya rakyat Malaysia yang lain tidak menerima nasib yang sama seperti mereka,” katanya.

Menegaskan bahawa BiKUM terlebih dahulu memperhalusi latar belakang setiap kes supaya hanya mangsa yang benar-benar teraniaya dibantu, beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Wisma Putra dan pihak keselamatan negara terlibat agar segala tindakan tidak melanggar undang-undang ditetapkan.

Shamsul Anuar berkata BiKUM akan terus membantu mangsa yang teraniaya di samping menyebarkan maklumat mengenai taktik licik sindiket dadah antarabangsa, yang kini menyasarkan dan memperdaya golongan penuntut dan lelaki muda dengan godaan cinta wanita sindiket sehingga akhirnya terjebak menjadi keldai dadah mereka. – BERNAMA

Kategori