Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tidak Ada Salahnya Chin...

GEORGE TOWN - Tiada salahnya bagi Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong membantu...

Wakil Rakyat BN Jaga...

KUANTAN - Semua anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada UMNO dan Barisan...

Profesor Ulung Diberi Geran...

BANGI - Profesor Ulung akan diberi dana berbentuk geran penyelidikan bernilai RM300,000 bagi...

Real Madrid Intai Diaz,...

REAL Madrid berminat untuk mendapatkan pemain Sepanyol, Brahim Diaz, 19, sekiranya pemain skuad...

2 Lelaki Bertopeng Letupkan Mesin ATM

BANGI – Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Wisma Unikeb di sini diletupkan, dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng yang cuba meyamun wang daripada mesin itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai dua lelaki yang datang menaiki kereta cuba memecahkan mesin ATM dengan bahan letupan namun kami masih mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, bagaimanapun suspek gagal melarikan peti wang mesin ATM itu selepas dua kali cuba melakukan letupan pada jam 7.53 malam.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan suspek bertopeng yang dipercayai meletupkan mesin ATM itu dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.


Siasatan turut dijalankan unit pemusnah bom, katanya.

Kategori