Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahfodz Dilantik Ketua Kluster...

PUTRAJAYA - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dilantik sebagai...

Penduduk Digalakkan Isi Borang...

KEPALA BATAS - Penduduk di Pulau Pinang yang akan bercuti dan balik kampung...

Projek Lewat Sebab Tiada...

KOTA KINABALU - Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya...

Penggunaan IBS Meningkat 81...

KUCHING – Penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Malaysia secara keseluruhannya meningkat kepada...

2 Lagi Kes Baharu Koronavirus Disahkan Di Singapura

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura telah mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 kes di republik itu.

Daripada jumlah itu, MOH berkata, satu kes disahkan hari ini iaitu seorang lelaki warga Singapura berusia 41 tahun yang tiada sejarah perjalanan ke China dan tiada kaitan dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.

“Kes ini disahkan lewat malam semalam dan pengesanan kontak sedang berjalan dengan tumpuan mengenal pasti sebarang hubungan dengan kes-kes sebelum ini atau pengunjung dari China,” katanya dalam perkembangan terbaru hari ini.

Setakat ini, kementerian itu, berkata, kesemua kes yang disahkan sebelum ini merupakan pengunjung China dari Hubei atau individu yang mempunyai kaitan dengan pengunjung China.

“Kami sedang menemuramah pesakit dan kenalan rapatnya dan menyiasat lokasi yang dikunjunginya baru-baru ini,” kata kementerian itu.

Sementara itu, MOH berkata, kes lain melibatkan seorang lelaki Singapura berusia 27 tahun yang menyertai satu mesyuarat perniagaan persendirian di Hotel Grand Hyatt Singapora dari 20 hingga 22 Januari lalu.


Mangsa bersama 14 penduduk Singapura lain yang menghadiri mesyuarat itu bersama peserta dari China termasuk dari Hubei dan dua warga Korea Selatan dan seorang rakyat Malaysia didapati positif virus itu selepas meninggalkan Singapura.

Beliau juga merupakan salah satu daripada empat peserta tempatan yang sebelum ini melaporkan gejala dan telah dirujuk ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk penilaian.

Mengemaskini keadaan 28 kes yang disahkan sebelum ini, MOH berkata, seorang telah dibenarkan pulang dari hospital manakala kebanyakan 25 pesakit berada dalam keadaan stabil atau semakin pulih.

Bagaimanapun, keadaan dua pesakit bertambah buruk dengan seorang daripadanya kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang lagi memerlukan sokongan oksigen tambahan, kata MOH.

Kategori