Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Qi Razali, Nelydia Bakal...

SETELAH dua tahun menjalin cinta, akhirnya pengacara terkenal Qi Razali nekad mahu mempercepatkan...

Sarawak Masuk Fasa Hapus...

KUCHING – Usaha memerangi rabies atau penyakit anjing gila, yang berpunca daripada gigitan...

Pelajar Luah Catatan Terakhir...

KUALA NERUS - 'Ada perkara yang mengejutkan akan berlaku'. Demikian luahan salah seorang...

Gadis Singapura Jatuh Tingkat...

SEBELUM ini, kami pernah menyiarkan artikel 'Gadis Cantik Masih Hidup Lepas Jatuh Flat...

2 ‘Datuk’ Direman Kes Tuntutan Palsu RM800 Juta

KUCHING – Dua individu bergelar ‘Datuk’ direman untuk membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM800 juta melibatkan projek naik taraf jalan raya pedalaman di Sarawak.

Perintah reman selama dua hari bermula hari ini terhadap kedua-dua individu berumur 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Zubaidah Sharkawi selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, S.Thangavelu memohon reman selama tujuh hari namun Zubaidah hanya membenarkan selama dua hari.

Kedua-dua individu itu diwakili empat peguam iaitu Shankar Ram, Albert Tang Yew Liong, Lim Heng Choo dan Alan Law.

Kedua-duanya yang merupakan rakan kongsi dan pengarah sebuah syarikat ditahan dalam operasi khas SPRM dengan kerjasama Kementerian Pertahanan di sini, semalam.


Menurut sumber, tuntutan itu membabitkan pelaksanaan 10 projek jalan negeri di pedalaman Sarawak di bawah Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM800 juta.

Ia membabitkan projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dikenali sebagai ‘Projek Jiwa Murni’ di bawah kementerian berkenaan dan ia dianugerahkan kepada syarikat itu sejak tahun 2010 hingga 2016.

Daerah dan kawasan yang terbabit dengan projek itu adalah di Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga. – BERNAMA

Kategori