Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil...

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti...

Polis Cedera Ditembak Di...

PETALING JAYA - Seorang anggota polis cedera dipercayai ditembak lelaki warga Afrika di...

Bapa Maut Dibaham Buaya...

MALANG memang tidak berbau.Leka memasang belat bagi menangkap ikan, seorang bapa, Idris Yakub, 56,...

Penunggang Maut, Kaki Putus...

LUNDU - Seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati apabila kaki kanannya putus...

2 Beranak Rentung Dalam Kebakaran

MUKAH – Dua beranak rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Sekaan Kecil di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang rentung Sedah Sahari, 84, dan anaknya, Remlah Mesie, 58, manakala seorang lagi mangsa, Abdul Razak Mesie, 40, terselamat apabila sempat keluar dari rumah terbabit ketika kebakaran berlaku.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daro, Mustapa Wasli, berkata kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku ketika semua mangsa sedang nyenyak tidur.

Katanya, mangsa dipercayai terjaga selepas terasa bahang panas.

“Menurut maklumat yang kami terima, seorang mangsa iaitu Remlah orang kelainan upaya (OKU). Dia dikatakan sempat keluar, namun kembali semula ke dalam rumah itu untuk menyelamatkan ibunya.

“Mayat kedua-dua mangsa dijumpai berdekatan antara satu sama lain di ruang tamu rumah pada 4.20 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, adik mangsa yang terselamat mengadu mengalami sesak nafas kemudian dihantar ke Hospital Daro untuk rawatan lanjut.

Sebuah kediaman berhampiran rumah mangsa turut musnah, namun tiga penghuninya yang masing-masing berusia 15 hingga 60 tahun terselamat.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian ini pada jam 2.09 pagi. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 28 kilometer dari Daro itu, rumah terbabit musnah sepenuhnya.

“Kami melakukan pemantauan dan pemadaman susulan bagi mengelak kebakaran berulang sebelum bertolak balik ke balai,” katanya. – BH Online

Kategori