Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengulangan Jenayah Banduan Di...

MELAKA – Kadar pengulangan perlakuan jenayah di kalangan banduan yang telah dibebaskan di...

Bomba ‘Mandi’ 12 Pelajar...

JASIN - Gara-gara tertumpah raksa, sepasukan anggota bomba terpaksa ‘memandikan’ 12 pelajar tingkatan...

Subhanallah.. Satu Team Bola...

Seramai 23 pemain bola sepak pelapis untuk pasukan kebangsaan Cameroon memeluk Islam beramai-ramai...

DBP Laku Pelbagai Usaha...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk...

2 Bekas ADUN DAP Perak Sertai Bersatu

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengesahkan dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka ialah ADUN Buntong, S Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Perkara itu disahkan Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin selepas berita mengenai penyertaan dua bekas wakil rakyat DAP itu tular di media sosial.

“Ya, borang penyertaan mereka telah diterima pada Disember tahun 2020 sebagai ahli bersekutu Bersatu melibatlan YB Paul Yong di Bahagian Batu Gajah manakala YB Sivasubramaniam di Bahagian Ipoh Barat,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sivasubramaniam pada 26 Jun tahun lalu menyertai Gerakan selepas meninggal DAP berikutan pertukaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) di Perak manakala Paul Yong pula menjadi ADUN bebas selepas keluar dari DAP bersama-sama Sivasubramaniam. – Sinar Harian

Kategori