Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

20 Tong Biru Disyaki...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 tong biru disyaki mengandungi bahan kimia ditemui selepas...

21 Nelayan Vietnam Ditahan...

KEMAMAN - Seramai 21 nelayan asing termasuk dua tekong diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim...

Kota Purba Mesir Usia...

KAHERAH - Sepasukan arkeologi tempatan berjaya menemui apa yang mereka dapat gambarkan sebagai...

Eksport Sarang Burung Walit...

PUTRAJAYA - Eksport sarang burung walit negara ke China pada tahun lepas mencecah...

2 Anggota Polis Maut Dirempuh Lori

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis maut dipercayai dirempuh sebuah lori semasa melakukan kerja mengemas selepas selesai menjalankan tugas sekatan jalan raya berdekatan Tesco Taman Pasir Putih dekat Pasir Gudang awal pagi ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada 5.20 pagi itu, empat lagi anggota polis yang bertugas bersama-sama mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, dalam kejadian itu, lori jenis Hino terbabas sebelum merempuh enam anggota polis terbabit dan sebuah kereta jenis Land Rover milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Zainudin Sabani, pihaknya menerima laporan menerusi MERS999 pada 5.20 pagi sebelum menggerakkan dua jentera dengan kekuatan 10 orang.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan meliabatkan sebuah lori jenis Hino dan Land Rover, ketika kejadian anggota PDRM sedang melakukan kerja mengemas selepas selesai menjalankan sekatan jalan raya.

“Terdapat empat anggota polis cedera dan dihantar ke HSI dan dua lagi anggota lain disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kategori