Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerjasama K’jaan Kelantan, Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peniaga dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengalu-alukan kerjasama antara...

Cuaca Buruk Di 11...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan...

Polis Belum Terima Notis...

PETALING JAYA - Polis masih belum menerima sebarang notis berhubung perhimpunan Himpunan Rakyat...

Polis Tak Tutup Kes...

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kes melibatkan Exco Kerajaan...

2 Anak Kambing Mata Satu Sempat Hidup 5 Minit

RANTAU PANJANG – “Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,” kata Sahabudin Muhamad, 52, setelah dua anak kambing bermata satu miliknya hanya mampu hidup lima minit selepas dilahirkan di Kampung Tok Sangkut di sini Ahad lalu.

Sahabudin yang juga guru di Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Saadah, Batu Karang Rantau Panjang berkata, anak kambing jantan istimewa miliknya itu dilahirkan tidak cukup bulan.

“Yang sudah tidak bernyawa pun heboh satu negara. Apatah lagi kalau kambing itu hidup, mungkin rumah saya akan dipenuhi orang ramai untuk melihat haiwan tersebut dengan lebih dekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, kelahiran dua kambing mata satu itu disifatkan sebagai cukup luar biasa dan memperlihatkan kekuasaan ALLAH.

Bagaimanapun dia berharap masyarakat dapat mengambil iktibar di sebalik kejadian itu dan meminta supaya tidak terus menularkan berita tersebut.

“Kambing jantan itu sempat hidup 5 minit sahaja, jadi tak payahlah nak heboh-heboh,” katanya.


Sahabudin berkata, kedua-dua kambing itu selamat dikebumikan pada sebelah petangnya.

Katanya, kejadian itu sempat dilihat oleh para pesakit yang datang berubat di rumahnya pada hari kejadian.

Berita kelahiran kambing bermata satu itu mulai tular di Facebook dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan orang ramai. – Sinar Harian

Kategori