Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agaknya Ini Lah Couple...

MEMPAMERKAN kesetiaan kepada pasangan anda adalah satu perkara yang terpuji, tetapi jangan sampai...

Polis Tumpas Sindiket Judi...

MUAR - Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian bola sepak Piala Eropah 2016 dengan...

Hadiah Buat Anak, Siti...

MENIMANG cahaya mata sulung, sudah pasti membuatkan setiap pasangan suami isteri berasa gembira...

Ajak Shiro Jadi Ultraman,...

SIKAP prihatin pelawak Ajak Shiro terhadap seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser darah,...

1MDB: Penjelasan Berdasarkan Fakta

KUALA LUMPUR – Pendekatan berhemah dan penerangan yang tidak dipengaruhi spekulasi, membantu kepada kejayaan siri penerangan, yang dijalankan syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata sesi penerangan berkaitan 1MDB setakat ini mencapai objektif dan semakin diterima rakyat.

Katanya rakyat Malaysia hanya mahukan penjelasan dan penerangan yang berdasarkan fakta, bukan spekulasi atau dipengaruhi emosi.

“Menjadi kebiasaan pada permulaan sesi, suasana agak tegang berikutan soalan-soalan panas yang diajukan.

“Tetapi pada pengakhiran sesi seperti hari ini bagaimanapun kita dapat lihat sokongan serta tepukan daripada pengunjung yang hadir, termasuklah ada yang bertukar-tukar nombor telefon dengan saya,” katanya kepada pemberita selepas sesi penerangan berkaitan 1MDB ‘Anda Tanya Kami Jawab’, di Pondok KRT, Taman Lucky Bangsar, di sini malam tadi.

Beliau berkata setakat ini, sejumlah 30 siri jelajah 1MDB diadakan di seluruh Semenanjung dan mendapat maklum balas baik daripada pengunjung yang hadir.

Terdahulu, isu mengenai di mana laporan akaun syarikat 1MDB yang telah diaudit dan bila laporan itu akan dikeluarkan merupakan antara soalan yang dibangkitkan pada sesi ceramah, malam tadi.


Namun, Arul Kanda dengan tenang menjelaskan tiada jangka masa dapat diumumkan bagi memperoleh hasil laporan akaun 1MDB yang telah diaudit.

“Polis telah bersetuju bagi auditor kami Parker Randall untuk mengakses rekod dan dokumen berkaitan bagi tujuan proses audit.

“Hasilnya audit sedang melakukannya dan memandangkan ini bukan proses audit biasa, mereka tidak boleh memberikan kami tempoh masa khusus bila ia boleh dikeluarkan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata auditor berkenaan telah diberitahu supaya memperuntukkan sumber sewajarnya untuk menyiapkan proses audit secepat mungkin. – BERNAMA

Kategori