1MDB: Pegawai Kanan Goldman Dilarang Sertai Sektor Perbankan

WASHINGTON – Rizab Persekutuan mengharamkan bekas pegawai Goldman Sachs Inc, Andrea Vella daripada menyertai industri berkenaan susulan dakwaan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

Perintah Rizab Persekutuan yang diumumkan hari ini berkata, Vella, bekas Ketua Perbankan pelaburan di Asia yang diminta bercuti sejak 2018 didapati gagal memaklumkan kepada Goldman tentang kegiatan haram yang melibatkan penawaran bon 1MDB yang dikendalikan oleh bank tersebut pada 2012 dan 2013.

Sebelum ini, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan pendakwaan jenayah kepada bekas pegawai Goldman, termasuk Tim Leissner, yang mengaku bersalah.

Vella bersetuju dengan perintah Rizab Persekutuan tanpa mengakui atau menafikan salah laku dan dia dijangka meninggalkan Goldman, menurut sumber.

Konspirasi 1MDB, yang membabitkan beberapa individu didakwa merampas berbilion ringgit daripada kerajaan Malaysia, menjadi skandal terbesar dalam hampir satu dekad untuk Goldman Sachs.

Bank itu masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan siasatan Jabatan Keadilan.

Rizab Persekutuan berkatam Vella “terlibat dalam amalan yang tidak selamat dan tidak sah” dengan gagal memastikan semua jawatankuasa dalaman Goldman sedar bahawa perjanjian 1MDB yang melibatkan Jho Low, yang dituduh menjadi dalang penipuan.

Penglibatan Low “meningkatkan potensi risiko taja jamin,” kata Rizab Persekutuan dalam perintahnya bertarikh 31 Januari dan Goldman tahu Vella adalah “orang yang mengetahuinya”. – Agensi

Loading...