Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hilang Pekerjaan Bersyukur Dibantu...

KENINGAU - Boniface Clemen, 29, dari Kampung Tondulu, Tambunan mempunyai sebab tersendiri untuk...

Insentif RM100,000 Untuk Skuad...

IPOH: Kerajaan Perak bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM100,000 kepada skuad hoki lelaki...

Gobind Minta TM Serah...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta Telekom Malaysia...

Berat Mata Memandang, Berat...

ALLAHU... marilah kita sama-sama membantu pemuda ini untuk membawa ibunya pulang menjalani rawatan...

1MDB: Nik Faisal Diambil Bekerja Daripada Syarikat Jho Low

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Nik Faisal Ariff Kamil diambil bekerja dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2011 daripada UBG (Utama Banking Group), syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho.

Bekas Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata Nik Faisal dilantik ketua pegawai pelaburan (CIO) 1MDB selepas pelantikannya dipersetujui oleh perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebenarnya, pada awalnya saya bertanya kepada Casey Tang (Pengarah Eksekutif 1MDB) sama ada beliau bersedia untuk memegang jawatan CIO….sebelum saya bertanya Jho Low sama ada beliau mempunyai cadangan lain. Beliau mencadangkan Nik Faisal… itulah bagaimana nama Nik Faisal muncul,” katanya.

Nik Faisal merupakan bekas CEO SRC International Sdn. Bhd.

Saksi pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada perbicaraan kes yang dihadapi bekas perdana menteri itu membabitkan dana 1MDB.

Semasa ditanya sama ada beliau boleh mengemukakan surat pelantikan Nik Faisal, Shahrol Azral, 49, berkata beliau akan cuba mendapatkan surat berkenaan daripada pegawai penyiasat kes tersebut.

Untuk rekod, Casey Tang dan Shahrol Azral dibawa berkhidmat dengan 1MDB oleh Jho Low.

Mengenai pelantikan peguam am 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, saksi itu berkata beliaulah yang bertanya kepada Jho Low sekiranya Jasmine boleh dibawa masuk.

“Jasmine juga daripada syarikat Jho Low, UBG. Pada mulanya Jho Low agak keberatan tetapi beliau berkata jika Jasmine berkata ya, beliau pun bersetuju. Saya ingat saya makan tengah hari dengan Jasmine dan berbincang dengannya mengenai peluang berkenaan (di 1MDB).

“Mengenai pelantikan Datuk Ong Gim Huat sebagai pengarah bukan eksekutif, beliau juga dibawa masuk oleh Jho Low. Kami dalam proses pengembangan syarikat dan cuba untuk mencapai aspirasi 1Malaysia Najib. Jho Low kata beliau telah berbincang dengan Datuk Seri Najib mengenainya,” kata saksi itu.


Menjelas lanjut kepada Muhammad Shafee, Shahrol Azral berkata Ong merupakan ahli perniagaan yang bebas dan bersih.

Muhammad Shafee kemudian merujuk minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang menyatakan Ong memaklumkan lembaga bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta laporan risiko suku tahunan 1MDB.

Shahrol Azral berkata beliau enggan menyediakan dokumen berkenaan kepada PAC pada mulanya kerana anggota jawatankuasa itu terdiri daripada pembangkang yang mungkin menerimanya di luar konteks dan memutarbelitkannya.

Bagaimanapun, saksi itu berkata beliau menyerahkan dokumen berkenaan kepada PAC yang seterusnya menyebabkan pihak pembangkang mengadakan sidang akhbar.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Rabu.

Kategori