Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Hanya Pinjam, Buat...

KANGAR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh hanya dilihat sebagai...

Mike Tyson Mahu Bayar...

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson sentiasa yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Mengimbas...

Beri Keadilan Kepada Bakal...

SHAH ALAM - Peraturan baharu menetapkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak daftar...

Video: Ibu Biar Anak...

HENDAK dikata apa lagi kalau kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri..Itulah yang boleh...

1MDB: Mahkamah Benar PM Batal Saman Tun M

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan saman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dua lagi yang mendakwanya melakukan salah laku dalam pentadbirannya berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Abu Bakar Jais membuat keputusan itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamarnya di sini.

Mahkamah turut memerintahkan Mahathir; bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Najib.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa permohonan saman itu tidak mempunyai asas, remeh dan tidak mempunyai sebarang kausa tindakan.

Ketiga-tiga plaintif memfailkan saman pada 23 Mac lalu dengan menamakan Najib sebagai defendan.


Plaintif memohon perisytiharan bahawa Najib melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam selaku Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.

Mereka mendakwa Najib mengganggu siasatan dakwaan salah laku kewangan berhubung 1MDB dan syarikat berkaitan serta siasatan aliran masuk RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun peribadinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori