Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Korban Tanah Runtuh Di...

BOGOTA - Angka korban akibat bencana tanah runtuh di Mocoa, Colombia meningkat kepada...

Semua Kena ‘April Fool’,...

SEJAK semalam, tersebar satu laporan menyatakan tentang kejayaan seorang pelajar dari Sabah yang berjaya 'menjual'...

Peluang Francais Luar Tembusi...

HO CHI MINH - Malaysia membuka peluang seluas-luasnya kepada syarikat francais dari luar...

Prosiding Kes Najib Tidak...

PUTRAJAYA - Prosiding perbicaraan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung...

1MDB: Jho Low Runding Gaji, Bonus Puluhan Ribu Untuk Shahrol

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan dirinya mendapat gaji lumayan mencecah puluhan ribu malah bonus pula sehingga nilai ratusan ribu.

Menurut Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang juga saksi kesembilan perbicaraan kes berprofil tinggi 1MDB melibatkan bekas perdana menteri dengan dana penyewelengan sebanyak RM2.3 bilion itu dirinya telah dilantik sebagai CEO pada Mac 2009 dengan gaji sebanyak RM80,000.

Gaji selumayan itu juga didakwa merupakan cetusan idea ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kepadanya ketika tawaran untuk jawatan ketua eksekutif itu.

Malah Jho Low juga turut terlibat dalam merundingkan gaji itu sebelum Shahrol diterima masuk ke Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian ditukar nama kepada 1MDB.

Shafee: Anda mendapat satu pakej gaji yang sungguh hebat sekali. Yang runding nilai ini juga adalah Jho Low bukan begitu? Gaji sebanyak RM80,000 pula dengan bonus sehingga RM160,000. Siap dengan elaun hiburan sebanyak RM10,000. Sesiapa pun akan terpegun dengan Jho Low sebenarnya.

Anda juga terima bonus prestasi untuk 18 bulan. Pernahkah sebelum ini anda terima bonus seumpama ini daripada tempat kerja yang lain? Apakah jumlah bonus paling tinggi kamu di Accenture?

Shahrol: Hmmm, dalam lima, enam atau tujuh bulan bonus.

Shafee: Pastinya dengan tawaran gaji cukup mengkagumkan ini anda tidak akan terima sekiranya tidak mampu melakukan tanggungjawab tersebut.

Shahrol: Pada masa itu, saya rasa itu adalah matlamat saya. Saya lihat kekuatan dalam jawatan CEO dengan membina sebuah pasukan dan jelas sekali peranan itu dimainkan oleh saya.


Shafee: Tetapi adakah juga bersetuju dengan cadangan saya bahawa peranan ketua eksekutif ini bukan menjadi ‘tukang pos’ semata-mata seperti menyampaikan mesej dan mengandaikan bahawa itu betul. Itu memang kerja tukang pos.

Shahrol: Peranan seorang ketua eksekutif itu adalah mendengar mandat yang diberikan oleh Pengarah atau pemegang saham dan peranan yang dimainkan ialah melaksanakan mandat tersebut.

Shafee: Anda bersetuju bahawa anda perlu memahami jenis urus niaga, atau anda tidak mempunyai peranan sebagai CEO?

Anda tidak boleh sebagai ketua pegawai eksekutif mengatakan bahawa ‘Saya tidak tahu, saya percaya Jho Low, saya percaya orang ini. Anda tidak boleh lepas tangan dengan mengatakan diri sebagai CEO terutamanya apabila anda dilatih dalam RMC. Anda tidak boleh katakan ianya bukan tanggungjawab saya’.

Shahrol: Tidak setuju.

Shafee: Oh, begitu. Tidak setuju.

Dalam pada itu, Shahrol juga mendedahkan gaji Pegawai Eksekutif 1MDB, Casey Tang yang juga dibawa masuk oleh Jho Low itu sekitar RM60,000 hingga RM70,000 sebulan dengan elaun serta bonus lumayan. – MalaysiaGazette

Kategori