Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Salman Khan Dipatuk Ular...

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman...

Sanusi ‘Koyak Rabak’ Disindir...

Mengapa Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor...

Memiliki Pistol Tiruan Tetap...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan memiliki...

Mengemis Bawa Beg Kencing

JOHOR BAHRU - Berbeza dengan penampilan biasa kumpulan pengemis di sekitar bandar raya...

18 Tahun Belum Boleh Mengundi Di PRK Tanjung Piai

KUALA LUMPUR – Pengundi di Parlimen Tanjung Piai yang berusia 18 tahun pada tahun ini belum boleh mengund dalam pilihan raya kecil di kawasan itu bulan depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, halangan itu tidak dapat dielakkan kerana tarikh penguatkuasaan peraturan baru itu masih belum diwartakan meskipun telah diluluskan dalam Dewan Rakyat pada Jun lalu.

“Tidak boleh lagi (18 tahun mengundi) sebab belum dikuatkuasakan lagi.

“Calon 18 tahun boleh bertanding kerana undang-undang sebegitu yang diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Sesi Libat Urus ERC Bersama Parti Politik di sini tengah hari tadi.

Azhar Azizan berkata SPR telah bersetuju akan menentukan tarikh penguaktkuasan mengundi pada usia 18 tahun kelak.


Dalam pada itu, Azhar Azizan berkata pihaknya akan terus memberikan penerangan kepada masyarakat dari masa ke semasa untuk mengelakkan kekeliruan pada PRK Tanjung Piai, 16 November depan.

“Kita akan dari masa ke semasa akan buat penerangan mengenai perkara ini,” katanya lagi.

Pada 16 Julai lalu, Dewan Rakyat berjaya meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu memperoleh masing-masing sokongan 211 daripada 222 ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagi dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.

Kategori