17,405 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini adalah sebanyak 17,405 kes iaitu paling tinggi direkodkan sejak pandemik itu melanda negara awal tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keskeseluruhan mencatatkan 1,061,476 kes.

Beliau berkata, tiga negeri mencatatkan kes empat angka iaitu Selangor 7,171 (387,764 kumulatif), Kuala Lumpur 2,880 (116,813) dan Kedah sebanyak 1,112 kes (41,749).

“Ini diikuti negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Johor 767 (87,381),Sabah 913 (81,844), Sarawak 464 (75,211), Negeri Sembilan 863 (68,599), Pulau Pinang 760 (43,877), Kelantan 532 (41,143), Perak 406 (35,498), Melaka 531 (29,672), Pahang 429 (22,605), Terengganu 490 (15,370).

“Dua Wilayah Persekutuan mencatatkan kes dua angka iaitu Labuan 16 (9,634) dan Putrajaya 68 (3,651).

“Negeri yang mencatatkan kes terendah jangkitan baharu harian hari ini adalah Perlis dengan tiga kes menjadikan jumlah kumulatif kes dicatatkan di negeri itu 665 kes,” katanya menerusi Twitter, hari ini. – myMetro Online