Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Permintaan Tinggi Kereta Mampu...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd menyasarkan 2015 sebagai tahun lebih baik baginya...

“Kenapa Pulak Salah Najib,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan balas berhubung dakwaan Tun...

Pelajar Pusat Kemahiran Maut...

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar sebuah pusat latihan kemahiran maut apabila motosikal ditunggangnya...

Lelaki Ini Hanya Gunting...

PEKERJAAN mengunting rambut boleh menjadi bosan buat si tukang gunting rambut. Demi menghilangkan kebosanan...

172 Pekerja Diselamatkan Selepas ‘Dizalimi’ Datuk

KLANG – Seramai 172 individu berjaya diselamatkan selepas dipaksa bekerja lebih masa oleh seorang lelaki bergelar Datuk di sebuah premis pemprosesan dan pemasaran burung walit di Jalan Gedung Nenas, pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun dipercayai pemilik premis tersebut ditahan kerana disyaki memaksa pekerja bekerja lebih masa tanpa dibayar gaji setimpal.

Berita Harian melaporkan, Ketua Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Deputi Superintendan Hadzwan Zulkefle berkata serbuan dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama tiga minggu berhubung kegiatan di premis berkenaan.

Serbuan tersebut turut disertai ATIPSOM Bukit Aman; Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor; Jabatan Imigresen Putrajaya dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Hadzwan berkata, hasil pemeriksaan mendapati pekerja yang berusia 18 hingga 30 tahun itu dipaksa bekerja lebih masa sehingga 16 jam sehari dengan bayaran gaji yang tidak setimpal serendah RM200.

“Kami dapati pekerja dipotong gaji melampau, dipaksa bekerja pada hari cuti selain tiada penyata gaji dan surat tawaran pekerjaan.

“Pekerja yang ditemui membabitkan 152 wanita Indonesia, tiga wanita Myanmar dan 17 warga tempatan,” katanya.


Pada serbuan tersebut terdapat seorang pekerja wanita yang berusia 20 tahun pengsan akibat terlalu letih bekerja lebih masa.

Hadzwan berkata, pihaknya merampas pasport, rekod pekerjaan dan dokumen membabitkan kemasukan pekerja asing untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007, Seksyen 39B Akta Imigresen 1957 dan Akta Pekerja. –MYNEWSHUB.CC

Kategori