Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kastam Gagal Cubaan Seludup...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM37.14 juta termasuk...

Wanita Lari Tinggalkan Anak...

MIAMI - Seorang wanita telah didakwa di mahkamah Florida, Amerika Syarikat kerana meninggalkan...

Polis Minta Ibu Bapa...

BAGAN SERAI - Ibu bapa diminta memantau aktiviti anak-anak terutama yang melibatkan penggunaan...

Ribut Petir Serta Angin...

JEDDAH - Pihak berkuasa meteorologi Arab Saudi meramalkan ribut petir disertai angin kencang...

17 Tahun Tunggu, Peminat Menangis Jumpa Liza Hanim

PORTAL hiburan tempatan, MH Online, berkongsi status seorang peminat yang teruja dapat berjumpa dengan penyanyi pujaannya iaitu Liza Hanim selepas 17 tahun menanti.

“Saya bukan senang nak menangis.. tapi bila aku luahkan perasaan nak sangat jumpa kak @lizahanim1979, airmata aku pun jatuh,” luahnya.

17 Tahun Tunggu, Peminat Menangis Jumpa Liza Hanim

Jelas portal itu, perjumpaan ekslusif bersama pelantun lagu Gelisah Mimpi itu diaturkan oleh kelab peminat Liza sendiri iaitu LHUnique dan difahamkan seramai 20 orang peminat setia menyertai pertemuan penuh bermakna itu.

Malah portal itu menyifatkan pertemuan antara selebriti dan peminat pujaannya merupakan sesi penuh air mata kerana masing-masing teruja dan terharu atas sokongan yang diberikan.

Peminat yang tidak dinyatakan identitinya itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Nita Hamzah kerana telah berkongsi statusnya sehingga dia berpeluang berjumpa dengan artis pujaannya itu.


Di samping itu, MH Online turut berkongsi bahawa penyanyi berusia 37 tahun itu bakal muncul dengan single terbaharu pertengahan tahun hadapan untuk ‘menutup’ rasa rindu peminat setianya menerusi genre makanannya iaitu Balada.

“Ya, saya akan muncul dengan sebuah single terbaru. Ada dalam perancangan InsyaAllah pertengahan tahun hadapan dan sekarang dalam proses memilih lagu yang betul-betul sesuai dengan saya.

“Saya tak mahu muncul dengan lagu tangkap muat sahaja. Biarlah kemunculan saya itu nanti benar-benar memberi impak,” jelas Liza. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori