“17 Puasa” Karya Mamat Khalid Selepas Koma

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa bulan dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU) akibat sakit dada dan batuk, pengarah terkemuka tanah air, Mohamad Mohamad Khalid atau lebih mesra dipanggil Mamat Khalid kembali berkarya.

Mamat menerusi muat naik video di akaun Instagram peribadinya mengumumkan telefilem terbaharunya yang bertajuk “17 Puasa”.

Telefilem tersebut merupakan sebuah telefilem komedi arahan dan tulisan Mamat Khalid yang dibarisi oleh beberapa pelakon seperti Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Nasrizal Ngasri dan Rab Khalid.

 

View this post on Instagram

 

#17Puasa karya selepas koma. Alhamdulillah terimakasih semua!

A post shared by Mamat Khalid (@khalidmamat) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mamat Khalid (@khalidmamat) on

Telefilem yang sarat dengan pengajaran ini mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.

Untuk pengetahuan ramai, telefilem ini juga merupakan kesinambungan daripada filem 15 Puasa (2004) dan 16 Puasa (2017).

Sebelum ini, 16 Puasa pernah ditayangkan saluran Astro First Eksklusif pada 8 Jun 2017 dan dipertontonkan buat pertama kali di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 2 Jun 2018.

Telefilem ini dijangka menemui anda pada hari 17 Ramadan dan ditayangkan secara eksklusif di Astro First.

Seperti kebiasaan, ramai peminat yang tak sabar menanti buah tangan terbaru Mamat selepas menonton video terbabit.

Ini antara komen mereka. – Astro Awani

Loading...