Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MyIPO Bukan Sekadar Lindungi...

MUNGKIN anda pernah dengar nama gerai ‘Nasi Lemak Antarabangsa’ yang cukup popular melalui...

Aiman Bersyukur Dibantu Pelakon-Pelakon...

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, penyanyi, Aiman Tino bakal membuat penampilan sulungnya dalam...

MSSM: Rekod Lontar Peluru...

GEORGE TOWN - Atlet lontar peluru dari Sarawak, Albert Tiong Kah Hao memecahkan...

Kashmir: Ban Ki-moon Tawar...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, pada Jumaat...

“17 Bulan Sudah Berlalu, Hantam Sajalah” – Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Masa menasihat sudah tamat selepas 17 bulan Pakatan Harapan memerinah negara, kata penasihat media dan komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin.

Jelasnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, kini sudah tiba masa untuk melakukan apa sahaja perkara dengan sesuka hati.

“17 bulan sudah berlalu. Masa menasihat sudah tamat. Sekarang hantam sajalah,” katanya.

Pada 9 Mei tahun lepas, PH yang terdiri daripada empat parti iaitu DAP, PKR, Amanah dan Bersatu, memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dan mengikut undang-undang berhak untuk membentuk kerajaan baharu dengan mudah majoriti.

Gabungan itu kemudian memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri.


Dr. Mahathir, yang merupakan perdana menteri keempat dari 1981-2003, kemudian mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh pada 10 Mei, 2018 untuk menjadi Perdana Menteri yang paling tua di dunia.

Dalam pada itu, A. Kadir dalam membalas komen pengikutnya di laman Facebook itu menambah, tidak perlu juga untuk memangkah pada pilihanraya yang akan datang jika tiada perubahan berlaku. – Astro Awani

Kategori