169 Pulih, 1 Kematian, 85 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan perkembangan baik kes Covid-19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baru selama tiga hari berturut-turut.

Hari ini, seramai 169 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada jangkitan itu sehingga kini seramai 2,647 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 85 kes baru dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 5,072 orang.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 2,342 kes bilangan kes discaj hampir dua kali ganda kes baharu yang dilaporkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 56 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dr Noor Hisham berkata, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19, sekali gus jumlah keseluruhan angka korban adalah sebanyak 83 orang atau 1.64 peratus.

“Kes kematian ke-83 (kes ke-4,988) ialah lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia jam 6.41 pagi tadi,” katanya. – myMetro Online