Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Maut, Lebih 60...

SEOUL- Dua orang maut dan lebih 60 mengalami kecederaan dalam nahas membabitkan 100...

Umno Ambil Kesempatan Dalam...

Kluang : Pakatan Harapan (PH) Johor tetap dengan pendirian bahawa pada ketika ini...

VIDEO : PAS Berdolak-Dalih...

TUMPAT - PAS dalam sidang medianya hari ini mengatakan isu royalti Petroleum yang...

Siapa Yang Melabur Dalam...

Jarang Timbalan Presiden PKR yang juga Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen...

1,660 Bungkus Air Ketum Dirampas Di Balik Pulau

BALIK PULAU – Sejumlah 1,660 bungkusan plastik berisi air ketum dan enam kilogram daun ketum bernilai kira-kira RM13,000 dirampas dalam dua serbuan di Bayan Lepas, dekat sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata dalam serbuan pertama pada pukul 1.30 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Seronok, Bayan Lepas polis turut menahan lima lelaki berumur antara 23 hingga 55 tahun.

“Polis menemui enam tong berwarna oren yang mengandungi 1,640 bungkusan plastik lutsinar yang disyaki cecair mitragynine atau ketum. Kami turut merampas peralatan memproses ketum antaranya periuk besar, tong gas, penapis daun, kayu pengacau dan raga kecil,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata tiga daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kesemua mereka direman sehingga 14 April ini.

Anbalagan berkata dalam satu lagi serbuan kira-kira pukul 10.40 pagi hari yang sama, polis menahan seorang lelaki berumur 33 tahun di sebuah rumah di Sungai Ara, dekat sini pada pukul 10.40 pagi Rabu dan merampas 20 bungkusan plastik lutsinar berikat getah yang disyaki berisi air ketum, satu bungkusan plastik hitam yang di dalamnya juga disyaki daun ketum serta peralatan memproses cecair ketum.


“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau di bawah Akta Racun melibatkan kes memiliki ketum,” katanya. – BERNAMA

Kategori