Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Imam Maut Digilis...

BALIK PULAU - Bekas imam sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini maut...

Ramadan: Waktu Urusan Kaunter...

KUALA LUMPUR - Waktu operasi kaunter bayaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di...

Siasat Habis 2 Pegawai...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata...

Malaysia Di Landasan Tepat...

SINGAPURA - Keputusan kerajaan Malaysia melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), biarpun dikecam...

16 Kes Baharu Covid-19, 11 Daripadanya Kluster Tawar, Sala

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara melonjak hari ini dengan merekodkan 16 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,235 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 16 kes baharu itu, 12 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, baki empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. 

“Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 16 kes termasuk lapan kes daripada Kluster Tawar, manakala tiga lagi kes daripada Kluster Sala.

“Daripada lapan kes baharu daripada Kluster Tawar hari ini, empat kes dilaporkan di Kedah, manakala empat lagi di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berikut perincian 16 kes jangkitan Covid-19 dalam negara hari ini;

• KUALA LUMPUR

Tiga kes import bukan warganegara tiba dari Bangladesh

• JOHOR

Satu kes warga Malaysia saringan kapal

• KEDAH

Empat kes warga Malaysia kluster Tawar dan tiga kes warga Malaysia kluster Sala


• PULAU PINANG

Empat kes warga Malaysia kluster Tawar

• LABUAN

Satu kes bukan warganegara saringan kapal

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan ada 23 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 8,925 kes, 96.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 9,235 kes kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 185 kes.

“Sehingga kini, tujuh kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiga memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 125 kes, 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Kategori