Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumpa Di Dasar Laut

BUENOS AIRES - Tentera Laut Argentina mendakwa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan...

Bajet 2019: Cuepacs Tidak...

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan memberi tekanan...

Wanita Nafi Mengakibatkan Kematian...

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang didakwa menjadi penyebab kepada kematian seorang bayi...

GST Modal Tingkat Pendapatan,...

KUANTAN - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dijadikan modal politik...

15 Gadis Diberi Dadah, Arak Sebelum Dirogol 20 Lelaki

KESENGSARAAN 15 gadis yang menjadi mangsa rogol berkumpulan 20 lelaki dalam beberapa kejadian berasingan di England akhirnya mendapat pembelaan.

Kesemua lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah di bandar Huddersfield bagi mencari keadilan ke atas nasib gadis-gadis malang tersebut.

Ketua kumpulan itu berhadapan 22 pertuduhan dan menerima hukuman penjara selama 18 tahun.

Ahli kumpulan tersebut yang lain menerima hukuman penjara antara lima hingga 18 tahun, berbeza-beza mengkikut pertuduhan masing-masing.

Menurut pendakwa raya, mereka disabitkan dengan 120 kesalahan yang dilakukan terhadap gadis-gadis tersebut yang berusia lingkungan 11 hingga 17 tahun.

Mangsa-mangsa dikatakan diberi alkohol dan dadah sebelum diperkosa di dalam kereta, di pusat permainan snooker, di restoran makanan segera, di ruangan parkir dan sewaktu berada di sebuah parti.


“Perlakuan keji ini begitu kejam dan menakutkan.

“Cara kamu memperlakukan remaja-remaja itu perlu kami fahami secara mendalam,” ujar pendakwa raya yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai tidak masuk akal. – WSMV/mStar Online

Kategori