Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kualiti Udara Kekal Baik...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara kekal baik...

23 Serangan, 5 Letupan...

BANGKOK- Polis Thai semalam melaporkan 23 serangan, termasuk lima letupan bom kecil di...

Mat Sabu Disakat Gara-Gara...

KUALA LUMPUR - Wakil rakyat pembangkang hari ini mengusik Mohamad Sabu di Dewan...

M’sia – Belanda Jalin...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Belanda bersetuju menjalinkan kerjasama dalam latihan dan pertukaran...

139 Kes Penolakan Vaksin Di Kedah

ALOR SETAR: Bilangan penolakan vaksin di Kedah direkodkan sebanyak 139 kes pada 2018, iaitu meningkat enam kes berbanding tahun sebelumnya dengan alasan utama disebabkan keraguan terhadap status halal.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata keraguan terhadap status vaksin sama ada ia halal atau haram menyumbang sebanyak 41.21 peratus dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat (24.18 peratus).

“Selain itu faktor pengaruh keluarga menyumbang sebanyak 14.84 peratus dengan selebihnya, 8.24 peratus mengamalkan perubatan homeopati dan 4.40 peratus bimbang dengan kesan sampingan vaksin.

“Meskipun ada peningkatan jumlah penolakan vaksin pada 2018 berbanding tahun sebelumnya, namun jumlah itu menurun dari 2017 berbanding 2016 iaitu daripada 176 kepada 133, ” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Norhizan berkata, Kedah mencatatkan 17 kes difteria dari tahun 2015 hingga 2017 dengan empat kematian.


“Satu kematian dilaporkan berlaku pada 2015, dua kematian pada 2016 dan satu kematian pada 2017, ” katanya.

Bagaimanapun Kedah tidak merekodkan sebarang kes difteria sejak 2018 sehingga 24 Februari lalu.

Beliau berkata, liputan bagi semua suntikan yang diberikan kerajaan meningkat pada tahun lalu berbanding 2017 membabitkan BCG dari 99.3 peratus kepada 99.6 peratus; suntikan lima serangkai (difteria, pertusis, tetanus, haemophilus influenza B dan polio), dari 92.33 peratus kepada 92.75 peratus.

“Liputan suntikan MMR (Measles, Mumps dan Rubella) 12 bulan pula meningkat dari 83.33 peratus kepada 84.51 peratus, suntikan Hepatitis B Dos 3, dari 91.69 peratus kepada 93.33 peratus,” katanya. -BH ONLINE

Kategori