135 Kes Kematian, Tertinggi Dilaporkan

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 8,000 iaitu 8,868 kes berbanding semalam, 7,097 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 135 kes kematian dicatatkan dengan 952 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 445 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 77,275 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,152 kes diikuti Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279) dan Pulau Pinang (237).

“Tiga negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Melaka (183), Pahang (152) dan Kelantan (135).

“Hanya dua negeri dan dua Wilayah catat kes di bawah 100 iaitu Terengganu (68), Labuan (64), Putrajaya (47) dan Perlis hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BH Online