130 Kerusi Memihak Mahathir

SUDAH ada 130 kerusi. Itu jumlah kerusi diperoleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membolehkan pensejajaran semula kerajaan dalam masa terdekat.

Sumber memberitahu, jumlah itu sudah dicapai melalui persetujuan persetujuan kolektif lima parti membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Amanah.

Katanya, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada malam ini bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

“Ia akan membabitkan perubahan di beberapa negeri iaitu Kedah dan Perak. Apapun ini adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini.

“Ini adalah penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita harap ia akan menjadi manfaat kepada rakyat,” katanya. – myMetro Online

Loading...