Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Liow: MCA Siap Siaga...

BENTONG - Tidak kira sama ada ianya bakal jadi 'pertempuran' segenap penjuru mahupun...

Jenazah 6 Sekeluarga Selamat...

BACHOK - Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer...

Jualan Ubat Nyamuk Laris...

SINGAPURA - Penjualan produk pencegah nyamuk naik mendadak di seluruh Singapura sejak berita...

Kos Minimum Ibadah Umrah...

KUALA LUMPUR: Harga lantai baharu bagi mengerjakan ibadah umrah untuk 12 hari 10 malam kini ditetapkan sebanyak RM6,900.Kenaikan itu menandangkan terdapat peningkatan kos susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), sama ada di pihak Arab Saudi atau kerajaan Malaysia.

13 Maut Di Barcelona, Polis Tembak Mati 4 Suspek

SERAMAI 13 orang disahkan terbunuh dalam kejadian rempuhan van manakala lebih 100 orang cedera termasuk yang parah dalam kejadian di Barcelona petang Khamis semalam.

Agensi berita China Xinhua yang memetik jurucakap kerajaan Sepanyol berkata, pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan identiti semua mangsa terbabit.

“Kami sedang mendapatkan identiti semua mangsa,” kata Menteri Dalam Negeri Catalonia, Joaquim Forn.

Sementara itu polis Barcelona berjaya menembak mati empat suspek pengganas dalam operasi khas berikutan tragedi rempuhan kira-kira 112 kilometer dari Barcelona.

Klip video menunjukkan anggota pihak berkuasa di jalan-jalan di Cambrils, selatan bandar Catalonia selepas tengah malam.

Operasi berkenaan dikaitkan dengan kejadian rempuhan yang disifatkan sebagai ‘kebarangkalian serangan pengganas’.

Semalam sebuah van merempuh orang ramai di kawasan tumpuan pelancong di Las Ramblas, Barcelona.


Polis Catalonia menerusi Twitternya menyifatkan kejadian berkenaan sebagai serangan pengganas.

Saksi kejadian, Ellen Vercamm yang bercuti di Barcelona berkata, dia melihat van putih dipandu laju ke kawasan berkenaan sebelum merempuh orang ramai.

“Saya lihat orang ramai tercampak dirempuh van itu. Saya juga melihat tiga penunggang basikal tercampak akibat rempuhan berkenaan,” katanya kepada akhbar El Pais.

Difahamkan, van itu dipandu seorang lelaki yang melarikan diri selepas kejadian. – Agensi/myMetro Online

Kategori